Menjelang sesi Julai - Disember 2010 ini, di dalam kesibukan dengan kerja - kerja rutin menjelang sesi baru, seluruh warga IKM Jasin juga terus sibuk dengan persiapan untuk mencapai Pengiktirafan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang disasarkan pada tahun ini.
Untuk mencapai pengiktirafan ini, ia menuntut kerjasama dan komitmen yang padu daripada seluruh warga IKM Jasin. Ini kerana, penilaian ke arah pengiktirafan 5S ini adalah diambil kira di dalam pelbagai aspek malah hampir seluruh pelusuk di institusi ini. Daripada sekecil - kecil sudut atau kawasan sehinggalah sebesar - besar kawasan, amalan persekitaran berkualiti perlu dipraktikkan.
Hakikatnya, prinsip amalan 5S ini bukanlah sekadar mengejar pengiktirafan malah prinsip yang diamalkan ini secara tidak langsung akan mendidik kita hidup sebagai insan yang bersih, bersistematik, berdisplin serta bersahsiah tinggi. Apa jua diusahakan sama - samalah kita mendoakan agar hasrat menjadi IKM Jasin sebagai institusi yang mendapat Pengiktirafan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan