Catatan Popular

Sejarah Institusi

     Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran, kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini, maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.

     Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.

     SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA pada ketika itu hanya ditadbir oleh seorang Pengetua ( Encik Abdul Hamid Bin Dato Haji Mohd Salleh ), 8 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan pentadbiran. Kursus yang dijalankan hanya 2 kursus sahaja iaitu Kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan " Common Module " yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas dan Lukisan Teknik.
   
     Pada tahun 1972, Kursus baru telah diadakan iaitu Lukisan Jentera dan diikuti pada tahun 1975 Kursus Ketuk Dan Cat. Permintaan keperluan tenaga pekerja mahir semakin meningkat dari masa ke semasadan bidang kemahiran semakin bertambah, justeru itu pelajar yang mengikuti bidang latihan kemahiran juga bertambah. SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA di Bandar Melaka tidak dapat menampung peningkatan pelajar yang ingin menceburi bidang kemahiran yang semakin ketara. Keluasan yang agak terhad di sana menyebabkan pentadbiran MARA  di peringkat atasan telah memindahkan Sekolah Latehan ini ke sebuah kawasan yang agak luas iaitu di Pekan Jasin, Melaka pada bulan Januari 1984. Sesuai dengan pengiktirafan semasa, SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA telah ditukar nama kepada INSTITUT KEMAHIRAN MARA.

     INSTITUT KEMHAHIRAN MARA MELAKA, singkatan IKM, sekarang berada dalam kawasan sebuah kampung iaitu di Kg Simpang Kerayong, Jasin. Jauh daripada Pekan Jasin lebih kurang 2 KM. Di bina di atas sebidang tanah seluas 46 hektar yang serba lengkap dengan peralatan latihan yang canggih dan moden mengikut perkembangan semasa, kemudahan asrama yang boleh menempatkan bilangan pelajar yang ramai pada satu - satu masa, keperluan beriadah untuk pekerja dan pelajar yang mencukupi dan lain - lain keperluan boleh diperolehi di tempat yang baru ini. Di samping itu juga, ia mewujudkan ruang pekerjaan yang banyak dan boleh menjadikan sebahagian sumber punca rezeki bagi penduduk tempatan. IKM Jasin ditadbir oleh : -
  • Pengarah - 1 Orang
  • Timbalan Pengarah : 2 Orang
  • Pentadbiran : 50 Orang
  • Tenaga Pengajar : 120 Orang