Catatan Popular

Sistem Akademik

PENGAMBILAN
Pengambilan dibuat berdasarkan SPM / SPM (V) dan keperluan kelayakan minima kursus yang dipohon. Penawaran latihan dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan september untuk sesi Januari dan bulan Mac untuk sesi Julai.

PEMBELAJARAN
Waktu pembelajaran adalah pada hari Isnin hingga Jumaat. Selain daripada subjek teknikal dalam kursus berkaitan, pelajar diwajibkan mengambil subjek Pengajian Am iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Keusahawanan, Matematik, Pengajian Malaysia dan Aplikasi Komputer.

KEDUDUKAN AKADEMIK
Seseorang peajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas keputusan peperiksaannya mengikut kategori di bawah : -

LATIHAN  INDUSTRI
Latihan Industri bertujuan untuk : -
  • Mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar.
  • Menggunakan sepenuh ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di IKM untuk dipraktikkan semasa LI.
  • Mendisplinkan diri dalam suasana pekerjaan.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan teknikal setelah tamat latihan industri
  • Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam Sistem Latihan Kemahiran MARA

Tempoh LI adalah mengikut kursus dan bagi IKM Jasin, tempoh tersebut adalah seperti berikut : -
  • Kursus Automotif & Mekanikal : 20 Minggu
  • Kursus Elektrik : 26 Mingggu

Maklumat lanjut berkenaan Latihan Industri & Kerjaya ini boleh menghubungi : -

Pegawai Perhubungan Industri
Noor Huda Binti Kamaludin
No. Tel : 06 - 5291561 ext : 211
No. Fax : 06 - 5292561

KO - KURIKULUM
Pelajar diwajibkan menyertai persatuan atau pasukan unit beruniform sama ada Askar Wataniah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba, Pertahanan Awam, Persatuan Landskap, Wall Climbing dan Persatuan Pendidkan Islam untuk memperolehi Sijil Kemahiran MARA.

PENILAIAN PEMBANGUNAN SIKAP
Suatu penilaian tentang sikap pelajar yang dinyatakan sebagai PENILAIAN PEMBANGUNAN SIKAP pada setiap semester akan dinilai oleh pengajar masing - masing. Keputusan penilaian ini akan direkodkan di dalam Sistem Pemarkahan Senat IKM.