Pada 30 September 2010 ( Khamis ) - Bantuan Khidmat Masyarakat adalah bertujuan membantu golongan - golongan yang berpendapatan rendah di sekitar Melaka khususnya tidak kira berbentuk kewangangan ataupun tenaga. Institut Kemahiran MARA Jasin memberi penekanan bantuan dari segi pembaikan kabel elektrik di rumah - rumah yang dipilih oleh JKKK di setiap DUN.
Pada tarikh tersebut pihak IKM menghantar wakil bagi membuat tindakan susulan untuk menganggarkan budget yang diperlukan. Tetapi malang, hujan turun dengan lebatnya sehingga menyukarkan perjalanan kami. Van yang dinaiki terpaksa ditolak akibat tayar terbenam di kawasan tanah lembap. Harapan kami semoga program ini berjalan dengan lancar supaya dapat membantu mereka - mereka yang memerlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan